BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 2 Mei 2011

PANTAI BAGAN LALANG



Bagan Lalang merupakan sebuah pantai perangin di negeri Selangor  yang kurang dikenali pada masa dahulu tetapi kini banyak pembangunan telah di jalankan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mempromosikan Pantai Bagan Lalang sebagai sebuah pantai peranginan yang terkenal di Selangor.

Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hanya sejam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui PLUS Higway menuju arah ke KLIA.

Aktiviti perkhemahan adalah dibenarkan di sini berhadapan dengan gerai-gerai makanan dan di sediakan juga tandas berbayar serta tong-tong sampah awam dan gazebo untuk beristir uehat.pelbagai acara diadakan pada musim cuti sekolah seperti pesta air pada setiap tahun.pada setiap tahun hampir 50,000 orang yg datang ke pantai bagan lalang untuk menikmati keindahan dan kesegaran pantai disini.anda seisi keluarga juga boleh membuat pelbagai aktiviti disini.kerana tempatnya sungguh luas dan selesa.



         Pemandangan di saat terbenam matahari di Pantai Bagan Lalang

                                              Aktiviti berbasikal di tepi pantai

                                                  Berkelah di tepi pantai

                        

RUMAH REHAT TERATAK AFFIQ

Rumah Rehat Teratak Affiq terletak di sebuah taman yang berhampiran dengan tempat percutian Pantai Bagan Lalang. Rumah rehat ini terletak di alamat NO 15,JALAN SRI BAYU 1B,TAMAN SRI BAYU,BAGAN LALANG,43950 SUNGAI PELEK,SELANGOR Darul Ehsan. Rumah rehat ini merupakan sebuah rumah jenis semi-D setingkat. Jarak dari rumah rehat Teratak Affiq ke Pantai Bagan Lalang lebih kurang 500 meter sahaja . Rumah ini juga berhampiran dengan Golden Palm Resort(Sepang Gold Coast), Hotel Sri Malaysia, Camar Laut, tapak perkemahan, kedai-kedai makan,dan kedai cenderahati. Rumah ini sering mendapat sambutan daripada orang ramai lokasinya amat strategik dan mudah dikunjungi.


KEMUDAHAN YANG RUMAH REHAT TERATAK AFFIQ SEDIAKAN :

Rumah Rehat Teratak Affiq menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda seisi keluarga semasa bercuti di Pantai Bagan Lalang.Kemudahan yang kami sediakan ialah:

1.sebuah rumah lengkap dengan perabot
   a) ruang tamu ,3 bilik tidur, 2 bilik air
   b)ruang makan
   c)ruang dapur-pinggan mangkuk ,cerek ,dapur masak

2.peti sejuk ,televisyen

3. 3 bilik tidur 1 mempunyai penghawa dingin(air cond) dan 2 bilik menggunakan kipas angin

4. set BBQ



AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG BERCUTI

1.Mandi Pantai
2.Sukanneka untuk hari keluarga
3.Berkhemah
4.BBQ
5.Memancing dan memukat di pantai
6.Bersiar-siar di kawasan pantai

KADAR SEWA RUMAH REHAT TERATAK AFFIQ  :

RM 250 .00 untuk sehari semalam
Wang pendahuluan sebanyak RM 100.00 hendaklah dibuat selepas bersetuju untuk membuat tempahan dan wang pendahuluan TIDAK akan dikembalikan sekira membatalkan tempahan.

CARA BAYARAN :   Wang hendaklah dimasukkan ke dalam akuan :
1. MAYBANK 2U
2. PUBLIC BANK BHD


TEMPOH MASA MASUK DAN KELUAR  :

Daftar Masuk : Pukul 12.00 tengah hari
Daftar Keluar : Pukul 12.00 tengah hari keseeokan harinya




KAMI SEDIA MENERIMA SEBARANG TEMPAHAN

JIKA ANDA BERMINAT SILA HUBUNGI:


019-3426531 (AWIE)

019-6436796 (CIKGU ATON) ATAU

EMAIL o_zaiton1973@yahoo.com